Saturday, 24 August 2013

kau pergi tinggalkn ku

apa salahku kau tinggalknku begitu saja... d sbbkn kau seorang ku tkot m'cari cinta baru... ku b'serah pd yg esa..hnya kau saja yg thu sgla2 nye...

Sunday, 18 March 2012

KENANGAN SEMALAM BERSAMA ORANG YANG TIDAK MENGHARGAI CINTAKU..

Masihkah Ada Secebis Kasih Buatku…
Aku, pernah mencintainya suatu ketika dahulu.Kami sama-sama mengukir janji, membina istana yang kami angankan bersama.Pertemuan pertama kalinya aku dengan dia adalah sekadar kebetulan,pertemuan yang kebetulan inilah seterusnya memberikanku harapan bahawa kami akan selamanya menyulam kasih.Macam lagu lama lah pertemuan pertama kali menusuk ke kalbu…..Kami sering berhubung melalaui telefon,berbalas sms dan untuk aku  berjumpa dengannya,aku tidakbersedia lagi.Sehinggalah kami semakin akrab dan meluahkan rasa hati masing-masing.Ah! tidakku  sangka akhirnya aku telah jatuh cinta tanpa aku sedar.Aku mula mengenal hati budinya begitu juga dia.Kata-katanya yang selalu membuatkan aku cukup bahagia ialah “ eda, awak satu dalam seribu” Setiap kata-kata yang diungkapkan kujadikan sebagai tempat sandaran kasih buatku.Dia juga sering berpesan kepadaku “ kalau awak sayangkan saya,awak sayang diri awak dulu.”Hari demi hari kami semakin bahagia dalam khayalan cinta yang kami ukir bersama..Namun,tanpa diduga…..Ku sangkakan panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari..Satu demi satu titik noda datang mencemar kesucian kasih antara kami..Pada saat aku mulai mencintainya dengan sepenuh hati,pintu hatinya diketuk oleh seorang wanita yang ingin juga mengenali isi hatinya…Ini semua kerana kakak iparnya.Hidupnya kesepian  akibat kehilangan kedua orang tuanya..Kakak iparnyalah tempat untuk dia mengadu lelah,sakit dan tangis.Jadi, segala kata dan arahan kakak iparnya terpaksa dituruti olehnya..Aku dalam keadaan terpaksa merelakan dia untuk berkawan dengan perempuan itu..Tetapi katanya “Tak nak,abang tak nak kawan dengan dia,habis eda macam mane.?”emmmm…Lama aku diam bila dia cakap begitu..Aku sayangkan dia..sayang sangat..Terlalu berat hati ini hendak melepaskan dia ke tangan orang lain sehingga tidak mampu ku bayangkan bagaimana kalau suatu hari nanti aku terpaksa berpisah dengannya..Tak sanggup untuk aku bayangkannya….hmmmmm……Perkenalan kami berlanjutan sehinggalah sampai kepada tarikh 020911…Hari raya ke -5…Aku menjemputnya datang ke rumah aku..Aku gembira sangat untuk menunggu waktu malam umpama bertahun rasanya..Aku melompat keriangan..Janjinya selepas solat Isyak dia akan datang ke rumahku..Puas ku tunggu dari pukul 8.30 sehinggalah pukul 11.00 malam…Aku telefon dia, die cakap “ Abang tengah sibuk ni ngan kakak ipar.” Ok aku faham keadaan dia..mungkin sekejap lagi dia akan datang ke rumahku…Macam-macam makanan aku masak untuk dia…Aku tunggu dia sampailah aku tertidur…Esok paginya dalam pukul 8.00 pagi aku sms dia tanye kenape dia tak datang rumah aku,kenapa tak bagitahu aku dia tak jadi datang..Panjang juga sms aku pada dia masa tu..dia tak balas..Sampailah malam…Aku takut kalau-kalau aku ada buat silap pada dia..Tapi setahu aku tak ada..Esok paginya dalam pukul 5.30 pagi, dia telefon aku banyak kali…Baru aku sedar,tapi aku tunggu solat Subuh dulu..Lepas solat,aku ingat nak gurau-gurau dengan dia..hehhe..tapi tiba-tiba aku dapat sms dari dia …”a’kom..eda abg ni, kojek..ni no tel adk.eda,abg mntk maaf dr ujong rmbt smpai ujong kki,…eda,abg slalu dmaen kan ppuan…tp org plg baek abg jmpe..eda,abg mmg xlyk tok eda.,,kdg2 smpai mlu dgn eda..dmi allah eda,smpai skg abg x cyekan girl kecuali  eda..maafkan abg,,abg tlalu sygkn eda..tp ati abg da lme ttutop tok pmpuan..yg tgl cme dndm!cme eda 1 dlm 1000  yg abg jmpe..abg mmg xlyk dgn eda”..Nie la sms dia sebijik-sebijik aku taip balik..Ya Allah!!! Engkau je yang tahu macam mana perasaan aku di saat ini..Aku nak menjerit sekuat hati tapi Jeritanku tanpa suara..Aku menagis tanpa airmata..Lepas aku habis baca sms dia,dia telefon aku lagi,aku dah terkedu..aku jawab salam dia..Dia ckap dengan aku, aku diam je..Dia tanye aku “ Ada dapat sms x.”Aku cakap aku da baca…hemmmm…dia cakap dia mintak maaf,dia tak nak bagi aku harapan,tak nak aku ni mengharap kat dia!!Arrgh!!Habis kenapa selama ni dia boleh cakap macam-macam, janji dengan aku manis-manis,..ape semua tu…Aku tak dapat nak kawal perasaan aku pada dia.Sejak tu aku BENCI DIA!AKU BENCI LELAKI!tak pernah lagi aku mencintai lelaki macam mane aku cinta kat dia…Entah kenapa, aku sendiri tiada jawapannya…Teringat aku bila aku balik ‘ostel’ lepas aku kemas barang-barang aku,aku mesti telefon dia,cerita dengan dia ape je yang aku buat dalam minggu nie..emmmm sedihnya hati aku kosong tanpa gurau senda dia…Aku rindukan dia…Aku tak dapat nak benci dia…Dalam beberapa bulan ni aku sepi tanpa kehadiran dia..Tapi tiap kali usai solat, doa tak lupa kukirim agar Kami bertemu jodoh semula mungkin bukan didunia tapi diakhirat….Doaku tak henti mengharapkan kita akan bersatu jua akhirnya walaupun pelbagai badai datang menempuh….Sehingga kini aku masih mengharapkan kepulanganmu kepangkuanku….
kerana kau lah satu dalam seribu bagiku…..

Saturday, 17 March 2012

PELENGKAP HIDUPKU

aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
aku bagai bintang yang tak ditemani malam
melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
yang membuat aku tak ingin pergi darimu
* teringat janji lamamu kepadaku
teringat aku teringat
teringat saat kau masih ada di sini
temani ku sepanjang hari

bila kau pergi jauh ingatlah aku
bila ku di sampingmu peluk tubuhku
bila kau rindu aku panggil namaku
ku datang menemuimu
peluk erat jasadku jangan lepaskan
tetaplah kau di sini arungi malam
karna hanya dirimu belahan jiwa
pelengkap ku di dunia


SEHARI BERSAMAMU

kita di Taman Bunga
berpeluk tubuh


tengok awak je lah

Add caption

~BERMULANYA PERTEMUAN KAMI~


Tuesday, 13 March 2012